Ahad, 16 Oktober 2011

Mesyuarat AJK ... 4/2011

Mesyuarat AJK diadakan pada Ahad 16 Okt 2011 pada jam 10.00 pagi di Lot 3, Taman Kristal, Sungai Petani.

Mesyuarat membincangkan 

1.   Majlis Taklimat

Satu majlis taklimat tentang peluang dalam bidang pertanian akan diadakan 

    Tarikh :   Ahad 13 Nov. 2011
    Masa :     0900 pagi
    Tempat :  Kampung Seberang Tok Soh

Beberapa agensi kerajaan berkaitan dengan pertanian akan dijemput termasuk PPK, Jabatan Pertanianm, Risda, FAMA, Tekun dan lain lain untuk bertemu dengan penduduk kampung yang berminat menjalankan perusahaan pertanian.

Penduduk di kampung kampung berdekatan lain dan lain lain PPK di Daerah Kuala Muda juga akan dijemput menghadiri majlis ini.


2.    Lawatan Sambil Belajar

 Ahli ahli PPK serta penduduk kampung Seberang Tok Soh memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Daerah Sik. Diantara tempat yang akan di lawati termasuk :

     a.    Perusahan Kueh

     b.    Koperasi Beris

     c.    Ladang Anggur Tasik Beris

Tarikh lawatan dicadangkan pada Khamis 17 Oktober 2011. PPK Unit 18 akan menyediakan kenderaan/ pengangkutan.


3.   Perusahaan Kueh untuk Hari Raya Haji

Ahli PPK dan penduduk kampung yang berminat untuk mengusahakan kueh untuk dijual pada Hari Raya Aidil Adha diminta menghubungi Pengerusi PPK. Kueh yang dibekalkan akan menggunakan label PPK Unit 18.