Ahad, 2 Ogos 2009

Projek Tanaman Nenas


Usaha dilakukan untuk menfaatkan tanah dan kawasan terbiar di sekitar kampong Seberang Tok Soh oleh pihak PPK Unit 18.

Beberapa ahli PPK bersetuju untuk menanam nenas di kawasan tanah terbiar di kampung tersebut. Jumlah keluasan kawasan adalah sebanyak 35 relong. Ketua unit akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Peladang Sungai Petani untuk mengusulkan cadangan ini.

Sementara itu satu taklimat tentang tanaman nanas berjaya diadakan di pejabat Taman Kristal, Sungai Petani pada 02 Ogos 2009. Seramai 20 peserta hadir untuk taklimat yang bermula pada jam 0900 pagi dan berakhir pada jam 1230 tengah hari.

Kerja penyediaan tanah dan tapak bermula pada 19 Oct 2009. Benih dihantar mulai 29 Disember 2009
Kerja menanam bermula pada 04 Jan 2010